Penubuhan AJK ini yang dilangsungkan pada mesyuarat pertama KS di rumah Mak Tua di Perah, Gerik pada 20 Disember 2007 secara tidak langsung merasmikan penubuhan KS. AJK Penaja KS yang dilantik pada masa itu adalah seperti berikut:
- Pengerusi - Ayah Yang Rodzi
- Setiausaha - Ayah Chik Ali Mokhtaruddin
- Bendahari - Mak Yang Hapsah
Mesyuarat pertama tersebut telah menjadi perintis kepada usaha memantapkan lagi KS. Melalui mesyuarat tersebut, agenda yang ditetapkan adalah mengadakan mesyuarat agung tahunan KS pada Hari Raya Ke-2 Aidilfitri setiap tahun di rumah pah Bibah di Kg. Air Panas, Gerik. Setiap ahli keluarga diwajibkan hadir.
Mesyuarat yang juga dianggap sebagai perhimpunan keluarga ini digunakan sebagai acara untuk merapatkan lagi hubungan sesama keluarga, selain membincangkan pelbagai isu yang berkaitan keluarga seperti kutipan dana, majlis pertunangan & perkahwinan keluarga, kematian dan sebagainya. Selepas mesyuarat pertama KS di Perah tersebut, telah berlangsung 3 lagi mesyuarat dengan mesyuarat terakhir pada Hari Raya Ke-2 Aidilfitri tahun 2010.
Penubuhan KS ini ternyata memenuhi matlamatnya apabila berjaya membantu menyempurnakan beberapa majlis keluarga seperti perkahwinan Izah & Azhari, pertunangan Maria & Wan, pertunangan dan perkahwinan Harman & Fiza, Abang Man & Siti dan Harna & Riezul.
Diharap penubuhan KS ini mampu merealisasikan hasrat memantapkan lagi persaudaraan sesama ahli keluarga dan pentas untuk membantu ahli keluarga yang memerlukan. Melalui komitmen tinggi yang disumbangkan oleh semua ahli KS, tidak mustahil KS akan terus bertahan dan berperanan seperti yang telah dihasratkan.

bagi generasi pertama keunggulan KS adalah "keberhasilan" yg dilihat dari perbuatan bukannya perkataan sahaja, Hasil dikira di peringkat awal ini ialah penyatuan yg tidak tertinggal walaupun satu ahli dapat dikumpulkan pada kemuncak pertemuan iaitu di hariraya aidilfitri kedua jam 8.30 malam dgn menu "kemesraan hingga akhir hayat" Ay Chik
BalasPadamCabaran kpd generasi kedua ... kepakaran KS adalah part and parcel of aducation in believe..... Ay Chik
BalasPadam