Assalammualaikum dan selamat sejahtera,
Alhamdulillah, dengan limpah kurniaNya blog Keluarga Setia dapat direalisasikan. Oleh itu, penulis menjemput semua ahli Keluarga Setia untuk menjadikan blog ini sebagai tempat untuk kita bertukar-tukar pandangan dan mencari idea bagaimana kita dapat mempereratkan lagi tali silaturrahim sesama kita. Anda boleh menulis atau menghantar komen atau apa saja hebahan terhadap aktiviti yang boleh memberi kebaikan kepada keluarga kita. Untuk menghantar komen klik pada 'ulasan' di bawah catatan. Untuk menjadi ahli klik pada 'log masuk' di sebelah kanan blog. Penulis juga memohon supaya anda tidak menggunakan kata-kata kesat semasa menulis dan mengkritik ahli keluarga yang lain yang bertujuan untuk memalukan mereka. Akhir kata, semoga kehadiran blog ini dapat dijadikan alat untuk kita memantapkan lagi persaudaraan antara ahli Keluarga Setia. Wassalam.
semoga kita dapat bersama-sama berkongsi pandangan & maklumat tentang hal-hal keluarga
BalasPadamsemoha ikatan persaudaraan teros berkekalan sehingga ke akhir hayat...
BalasPadam