Selasa, November 30, 2010

PENGUMUMAN PENTING!!!

Kepada semua ahli Keluarga Setia (KS) anda dijemput beramai-ramai menghadiri majlis perkahwinan anak Ayah Chik iaitu Siti & pasangannya. Butir-butir mengenai majlis tersebut adalah seperti berikut:


  • Tarikh    :  12 Disember 2010 (Ahad) 
  • Tempat  :  Taman Pinggiran Bayu, Mantin, Negeri Sembilan
Semoga kehadiran anda semua dapat memeriah dan membantu menyempurnakan majlis tersebut hingga jayanya.                                                                        

MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KS KALI KE-2 2008

Mesyuarat sedang berlangsung

Mesyuarat Agung Tahunan Keluarga Setia Kali Ke-2 telah diadakan pada Hari Raya Aidilfitri Ke-2 tahun 2008 di Kg Air Panas, Gerik.

FOTO-FOTO KELUARGA SETIA

SEJARAH PENUBUHAN KELUARGA SETIA

Idea penubuhan Keluarga Setia (KS) tercetus apabila ahli generasi pertama telah bersepakat menubuhkan satu persatuan keluarga yang bertujuan untuk menjaga kebajikan semua ahli keluarga, di samping mengukuhkan lagi tali silaturahim. Bertindak di atas tujuan murni tersebut, ahli generasi pertama telah mewujudkan Ahli Jawatankuasa (AJK) Penaja KS yang ditubuhkan secara 'ad-hoc' sebagai badan pengurus sementara persatuan.

Penubuhan AJK ini yang dilangsungkan pada mesyuarat pertama KS di rumah Mak Tua di Perah, Gerik pada 20 Disember 2007 secara tidak langsung merasmikan penubuhan KS. AJK Penaja KS yang dilantik pada masa itu adalah seperti berikut:


  • Pengerusi     - Ayah Yang Rodzi
  • Setiausaha   - Ayah Chik Ali Mokhtaruddin
  • Bendahari    - Mak Yang Hapsah             
Mesyuarat pertama tersebut telah menjadi perintis kepada usaha memantapkan lagi KS. Melalui mesyuarat tersebut, agenda yang ditetapkan adalah mengadakan mesyuarat agung tahunan KS pada  Hari Raya Ke-2 Aidilfitri setiap tahun di rumah pah Bibah di Kg. Air Panas, Gerik. Setiap ahli keluarga diwajibkan hadir.

Mesyuarat yang juga dianggap sebagai perhimpunan keluarga ini digunakan sebagai acara untuk merapatkan lagi hubungan sesama keluarga, selain membincangkan pelbagai isu yang berkaitan keluarga seperti kutipan dana, majlis pertunangan & perkahwinan keluarga, kematian dan sebagainya. Selepas mesyuarat pertama KS di Perah tersebut, telah berlangsung 3 lagi mesyuarat dengan mesyuarat terakhir pada Hari Raya Ke-2 Aidilfitri tahun 2010.

Penubuhan KS ini ternyata memenuhi matlamatnya apabila berjaya membantu menyempurnakan beberapa majlis keluarga seperti perkahwinan Izah & Azhari, pertunangan Maria & Wan, pertunangan dan perkahwinan Harman & Fiza, Abang Man & Siti dan Harna & Riezul.

Diharap penubuhan KS ini mampu merealisasikan hasrat memantapkan lagi persaudaraan sesama ahli keluarga dan pentas untuk membantu ahli keluarga yang memerlukan. Melalui komitmen tinggi yang disumbangkan oleh semua ahli KS, tidak mustahil KS akan terus bertahan dan berperanan seperti yang telah dihasratkan.      

Isnin, November 29, 2010

ASSALAMMUALAIKUM DAN SELAMAT DATANG KE BLOG KELUARGA SETIA

Assalammualaikum dan selamat sejahtera,


Alhamdulillah, dengan limpah kurniaNya blog Keluarga Setia dapat direalisasikan. Oleh itu, penulis menjemput semua ahli Keluarga Setia untuk menjadikan blog ini sebagai tempat untuk kita  bertukar-tukar pandangan dan mencari idea bagaimana kita dapat mempereratkan lagi tali silaturrahim sesama kita. Anda boleh menulis atau menghantar komen atau apa saja hebahan terhadap aktiviti yang boleh memberi kebaikan kepada keluarga kita. Untuk menghantar komen klik pada 'ulasan' di bawah catatan. Untuk menjadi ahli klik pada 'log masuk' di sebelah kanan blog. Penulis juga memohon supaya anda tidak menggunakan kata-kata kesat semasa menulis dan mengkritik ahli keluarga yang lain yang bertujuan untuk memalukan mereka. Akhir kata, semoga kehadiran blog ini dapat dijadikan alat untuk kita memantapkan lagi persaudaraan antara ahli Keluarga Setia. Wassalam.