Isnin, Disember 27, 2010
AZAM TAHUN BARU 2011
Masa begitu pantas berlalu. Diam tak diam kita dah menghampiri penghujung tahun 2010. Tinggal beberapa hari lagi untuk kita memasuki tahun baru 2011. Seperti biasa bila tiba sahaja tahun baru kita akan ditanya tentang apakah azam tahun baru kita. Pasti setiap orang ada azam tahun baru masing-masing. Sekurang-kurangnya ingin menjadi lebih baik dari tahun sebelumnya.
Di sini Admin ingin mengajak kepada semua ahli KS untuk berkongsi azam tahun baru masing-masing. Pasti banyak benda menarik yang boleh dikongsi bersama-sama tentang azam tahun baru masing-masing. Mana taukan azam tahun baru anda itu boleh dijadikan inspirasi dan tauladan kepada ahli yang lain untuk sama-sama mencari kejayaan. Jadi, selamat berkongsi azam tahun baru masing-masing.
Selasa, Disember 21, 2010
CADANGAN BERNAS ANDA AMAT DIPERLUKAN!
Selama ni KS selalu mengadakan aktiviti BBQ sebagai acara tetap setiap kali perjumpaan keluarga. Admin merasakan KS juga boleh mula mengorak langkah untuk memikirkan aktiviti lain yang boleh diadakan untuk menambahkan lagi keseronokan selain merapatkan hubungan kekeluargaan. Apakah aktiviti yang sesuai untuk kita adakan? Main batu seremban beramai-ramai? atau pergi berkelah ke sungai yang cantik?
Jadi, di sini admin memohon kepada semua ahli KS yang mempunyai idea bernas untuk mencadangkan apakah aktiviti yang boleh KS adakan. Untuk menghantar cadangan, anda boleh klik pada ruangan "ULASAN" di bawah catatan ini. Mohon semua yang menghantar cadangan di "ULASAN" untuk mencatatkan nama anda. Cadangan anda ini akan dikumpul dan dikemukakan ketika mesyuarat KS akan datang. Admin mengucapkan terima kasih kepada yang sudi berkongsi idea di sini.
Selasa, Disember 14, 2010
Isnin, Disember 13, 2010
PENGUMUMAN UNTUK GENERASI MUDA
Mohon kepada semua ahli Generasi Muda KS yang masih belum menjelaskan yuran keahlian sebanyak RM12.00 setahun (RM1 sebulan) agar dapat menjelaskannya kepada Bendahari Generasi Muda, Shikin. Anda boleh menghubungi dia di nombor ini: 017-5436261.
Untuk pengetahuan semua, kutipan yuran ini telah dipersetujui semasa Mesyuarat Agung KS pada Hari Raya Aidilfitri 2010 yang lepas. Tujuan yuran ini dikutip adalah untuk menampung pelbagai aktiviti Generasi Muda yang akan dirangka kelak. Jika tidak mampu membayar yuran sekaligus, anda boleh membayarnya secara ansuran. Semoga kerjasama anda dapat memberi manfaat kepada Generasi Muda. Kepada yang telah membayar, pihak admin mengucapkan terima kasih. Bayar jangan tak bayar.
TERIMA KASIH SEMUA!!!
Alhamdulillah, majlis perkahwinan Siti & Shahril telah selamat dilangsungkan dengan jayanya dan meriah. Terima kasih kepada semua yang membantu khususnya ahli Keluarga Setia yang telah bertungkus-lumus bekerja bagi menjayakan majlis ini. Terima kasih semua!!! Semoga semangat kerjasama ini dapat dikekalkan bagi menghadapi apa jua majlis pada masa akan datang. Gambar sekitar majlis perkahwinan ini akan diupload sedikit masa lagi. Harap bersabar ye.
Selasa, November 30, 2010
PENGUMUMAN PENTING!!!
Kepada semua ahli Keluarga Setia (KS) anda dijemput beramai-ramai menghadiri majlis perkahwinan anak Ayah Chik iaitu Siti & pasangannya. Butir-butir mengenai majlis tersebut adalah seperti berikut:
- Tarikh : 12 Disember 2010 (Ahad)
- Tempat : Taman Pinggiran Bayu, Mantin, Negeri Sembilan
MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KS KALI KE-2 2008
SEJARAH PENUBUHAN KELUARGA SETIA
Idea penubuhan Keluarga Setia (KS) tercetus apabila ahli generasi pertama telah bersepakat menubuhkan satu persatuan keluarga yang bertujuan untuk menjaga kebajikan semua ahli keluarga, di samping mengukuhkan lagi tali silaturahim. Bertindak di atas tujuan murni tersebut, ahli generasi pertama telah mewujudkan Ahli Jawatankuasa (AJK) Penaja KS yang ditubuhkan secara 'ad-hoc' sebagai badan pengurus sementara persatuan.
Penubuhan AJK ini yang dilangsungkan pada mesyuarat pertama KS di rumah Mak Tua di Perah, Gerik pada 20 Disember 2007 secara tidak langsung merasmikan penubuhan KS. AJK Penaja KS yang dilantik pada masa itu adalah seperti berikut:

- Pengerusi - Ayah Yang Rodzi
- Setiausaha - Ayah Chik Ali Mokhtaruddin
- Bendahari - Mak Yang Hapsah
Mesyuarat pertama tersebut telah menjadi perintis kepada usaha memantapkan lagi KS. Melalui mesyuarat tersebut, agenda yang ditetapkan adalah mengadakan mesyuarat agung tahunan KS pada Hari Raya Ke-2 Aidilfitri setiap tahun di rumah pah Bibah di Kg. Air Panas, Gerik. Setiap ahli keluarga diwajibkan hadir.
Mesyuarat yang juga dianggap sebagai perhimpunan keluarga ini digunakan sebagai acara untuk merapatkan lagi hubungan sesama keluarga, selain membincangkan pelbagai isu yang berkaitan keluarga seperti kutipan dana, majlis pertunangan & perkahwinan keluarga, kematian dan sebagainya. Selepas mesyuarat pertama KS di Perah tersebut, telah berlangsung 3 lagi mesyuarat dengan mesyuarat terakhir pada Hari Raya Ke-2 Aidilfitri tahun 2010.
Penubuhan KS ini ternyata memenuhi matlamatnya apabila berjaya membantu menyempurnakan beberapa majlis keluarga seperti perkahwinan Izah & Azhari, pertunangan Maria & Wan, pertunangan dan perkahwinan Harman & Fiza, Abang Man & Siti dan Harna & Riezul.
Diharap penubuhan KS ini mampu merealisasikan hasrat memantapkan lagi persaudaraan sesama ahli keluarga dan pentas untuk membantu ahli keluarga yang memerlukan. Melalui komitmen tinggi yang disumbangkan oleh semua ahli KS, tidak mustahil KS akan terus bertahan dan berperanan seperti yang telah dihasratkan.

Isnin, November 29, 2010
ASSALAMMUALAIKUM DAN SELAMAT DATANG KE BLOG KELUARGA SETIA
Assalammualaikum dan selamat sejahtera,
Alhamdulillah, dengan limpah kurniaNya blog Keluarga Setia dapat direalisasikan. Oleh itu, penulis menjemput semua ahli Keluarga Setia untuk menjadikan blog ini sebagai tempat untuk kita bertukar-tukar pandangan dan mencari idea bagaimana kita dapat mempereratkan lagi tali silaturrahim sesama kita. Anda boleh menulis atau menghantar komen atau apa saja hebahan terhadap aktiviti yang boleh memberi kebaikan kepada keluarga kita. Untuk menghantar komen klik pada 'ulasan' di bawah catatan. Untuk menjadi ahli klik pada 'log masuk' di sebelah kanan blog. Penulis juga memohon supaya anda tidak menggunakan kata-kata kesat semasa menulis dan mengkritik ahli keluarga yang lain yang bertujuan untuk memalukan mereka. Akhir kata, semoga kehadiran blog ini dapat dijadikan alat untuk kita memantapkan lagi persaudaraan antara ahli Keluarga Setia. Wassalam.

Langgan:
Catatan (Atom)