Sumber: diubahsuai dari buku "Jangan Bersedih" oleh Dr. 'Aidh bin 'Abdullah Al-Qarni
- Hari ini milik anda. Nikmatilah ia dengan sebaik-baiknya. Jangan sesekali memikirkan tentang apa yang akan terjadi pada esok hari atau minggu depan. Memikirkan esok hari akan membuatkan diri anda berada dalam keadaan kelam-kabut dan kedukaan.
2. Lupakan masa lalu dan semua yang pernah terjadi.
3. Jangan menyibukkan diri dengan masa depan. Ia akan datang dengan
sendirinya.
4. Jangan mudah terjejas dengan kritikan orang lain.
5. Beriman kepada Allah dan sentiasa beramal soleh.
6. Perlu sedar bahawa segala yang berlaku adalah berdasarkan ketentuan
qada' dan qadar.
7. Jangan menunggu ucapan terima kasih dari seseorang.
8. Persiapkan diri untuk menghadapi segala kemungkinan.
9. Kemungkinan yang terjadi itu ada baiknya untuk diri anda.
10. Percayalah bahawa apa yang anda miliki jauh lebih banyak daripada yang
dimiliki oleh orang lain.
11. Sesungguhnya dalam setiap kesulitan terdapat kemudahan.
12. Jangan marah, jangan marah, jangan marah!
13. Janganlah risau hanya kerana tidak memiliki harta dunia.
14. Kebanyakan dari apa yang anda takutkan tidak akan berlaku.
15. Setiap musibah yang menimpa diri anda adalah penghapus dosa-dosa.
16. Kedengkian dan keinginan yang kuat untuk membalas dendam hanya akan
membahayakan kesihatan diri anda sendiri.