Khamis, September 08, 2011

MESYUARAT KS 2011

Mesyuarat Keluarga Setia bagi tahun 2011 telah berlangsung dengan jayanya pada Hari Raya Ke-2 yang lalu di Kg. Air Panas. Pelbagai agenda telah dibincangkan. Mesyuarat berjalan lancar dengan penuh semangat kekeluargaan dan harmoni.

Pihak Admin secara peribadi ingin mengucapkan jutaan terima kasih dan tahniah kepada ahli keluarga yang sudi menghadirkan diri dalam mesyuarat yang diadakan pada tiap-tiap tahun ini. Semoga kita dapat bertemu lagi pada tahun depan, insyallah.

Pihak Admin juga ingin menyeru kepada semua ahli khususnya Generasi Ke-2 yang membaca entry ini supaya sudi berkongsi idea memberi cadangan mengenai aktiviti-aktiviti yang boleh kita laksanakan pada masa akan datang.


Jumaat, Februari 11, 2011

SALAM MAULIDUR RASUL


Salam Maulidur Rasul buat seluruh umat Islam amnya dan ahli Keluarga Setia khususnya. Maulidur Rasul disambut pada setiap tahun untuk memperingati kelahiran junjungan besar kita Nabi Muhammad S.A.W. yang lahir pada 12 Rabiulawal Tahun Gajah bersamaan dengan 23 April 571 Masihi.

Baginda S.A.W. merupakan nabi terakhir yang diutuskan oleh Allah S.W.T. untuk memimpin umat ke jalan kebenaran. Sempena Maulidur Rasul ini marilah kita sama-sama memperbanyakkan selawat kepada baginda S.A.W. dan mengikuti segala sunnahnya. Semoga kemuliaan sifat baginda dapat dijadikan inspirasi kepada kita semua untuk mencari kebahagian di dunia dan di akhirat.  

Selasa, Februari 01, 2011

JALAN-JALAN MENUJU BAHAGIA



Sumber: diubahsuai dari buku "Jangan Bersedih" oleh Dr. 'Aidh bin 'Abdullah Al-Qarni


  1. Hari ini milik anda. Nikmatilah ia dengan sebaik-baiknya. Jangan sesekali memikirkan tentang apa yang akan terjadi pada esok hari atau minggu depan. Memikirkan esok hari akan membuatkan diri anda berada dalam keadaan kelam-kabut dan kedukaan.
     2.  Lupakan masa lalu dan semua yang pernah terjadi.

     3.  Jangan menyibukkan diri dengan masa depan. Ia akan datang dengan
          sendirinya.

     4.  Jangan mudah terjejas dengan kritikan orang lain.

     5.  Beriman kepada Allah dan sentiasa beramal soleh.

     6.  Perlu sedar bahawa segala yang berlaku adalah berdasarkan ketentuan
          qada' dan qadar.

     7.  Jangan menunggu ucapan terima kasih dari seseorang.

     8.  Persiapkan diri untuk menghadapi segala kemungkinan.

     9.  Kemungkinan yang terjadi itu ada baiknya untuk diri anda.

     10. Percayalah bahawa apa yang anda miliki jauh lebih banyak daripada yang
           dimiliki oleh orang lain.

     11. Sesungguhnya dalam setiap kesulitan terdapat kemudahan.

     12. Jangan marah, jangan marah, jangan marah!

     13. Janganlah risau hanya kerana tidak memiliki harta dunia.

     14. Kebanyakan dari apa yang anda takutkan tidak akan berlaku.

     15. Setiap musibah yang menimpa diri anda adalah penghapus dosa-dosa.

     16. Kedengkian dan keinginan yang kuat untuk membalas dendam hanya akan
           membahayakan kesihatan diri anda sendiri.