Isnin, Disember 27, 2010

AZAM TAHUN BARU 2011



Masa begitu pantas berlalu. Diam tak diam kita dah menghampiri penghujung tahun 2010. Tinggal beberapa hari lagi untuk kita memasuki tahun baru 2011. Seperti biasa bila tiba sahaja tahun baru kita akan ditanya tentang apakah azam tahun baru kita. Pasti setiap orang ada azam tahun baru masing-masing. Sekurang-kurangnya ingin menjadi lebih baik dari tahun sebelumnya.

Di sini Admin ingin mengajak kepada semua ahli KS untuk berkongsi azam tahun baru masing-masing. Pasti banyak benda menarik yang boleh dikongsi bersama-sama tentang azam tahun baru masing-masing. Mana taukan azam tahun baru anda itu boleh dijadikan inspirasi dan tauladan kepada ahli yang lain untuk sama-sama  mencari kejayaan. Jadi, selamat berkongsi azam tahun baru masing-masing.

Selasa, Disember 21, 2010

CADANGAN BERNAS ANDA AMAT DIPERLUKAN!



Selama ni KS selalu mengadakan aktiviti BBQ sebagai acara tetap setiap kali perjumpaan keluarga. Admin merasakan KS juga boleh mula mengorak langkah untuk memikirkan aktiviti lain yang boleh diadakan untuk menambahkan lagi keseronokan selain merapatkan hubungan kekeluargaan. Apakah aktiviti yang sesuai untuk kita adakan? Main batu seremban beramai-ramai? atau pergi berkelah ke sungai yang cantik? 

Jadi, di sini admin memohon kepada semua ahli KS yang mempunyai idea bernas untuk mencadangkan apakah aktiviti yang boleh KS adakan. Untuk menghantar cadangan, anda boleh klik pada ruangan "ULASAN" di bawah catatan ini. Mohon semua yang menghantar cadangan di "ULASAN" untuk mencatatkan nama anda. Cadangan anda ini akan dikumpul dan dikemukakan ketika mesyuarat KS akan datang. Admin mengucapkan terima kasih kepada yang sudi berkongsi idea di sini.  

Isnin, Disember 13, 2010

PENGUMUMAN UNTUK GENERASI MUDA




Mohon kepada semua ahli Generasi Muda KS yang masih belum menjelaskan yuran keahlian sebanyak RM12.00 setahun (RM1 sebulan) agar dapat menjelaskannya kepada Bendahari Generasi Muda, Shikin. Anda boleh menghubungi dia di nombor ini: 017-5436261

Untuk pengetahuan semua, kutipan yuran ini telah dipersetujui semasa Mesyuarat Agung KS pada Hari Raya Aidilfitri 2010 yang lepas. Tujuan yuran ini dikutip adalah untuk menampung pelbagai aktiviti Generasi Muda yang akan dirangka kelak. Jika tidak mampu membayar yuran sekaligus, anda boleh membayarnya secara ansuran. Semoga kerjasama anda dapat memberi manfaat kepada Generasi Muda. Kepada yang telah membayar, pihak admin mengucapkan terima kasih. Bayar jangan tak bayar. 

TERIMA KASIH SEMUA!!!

Alhamdulillah, majlis perkahwinan Siti & Shahril telah selamat dilangsungkan dengan jayanya dan meriah. Terima kasih kepada semua yang membantu khususnya ahli Keluarga Setia yang telah bertungkus-lumus bekerja bagi menjayakan majlis ini. Terima kasih semua!!! Semoga semangat kerjasama ini dapat dikekalkan bagi menghadapi apa jua majlis pada masa akan datang. Gambar sekitar majlis perkahwinan ini akan diupload sedikit masa lagi. Harap bersabar ye.